Ahad, 3 Oktober 2010

KEMPEN ANTI BULI



MAKSUD BULI

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain

JENIS-JENIS BULI

Buli fizikal
Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.

Buli mental
ejek-mengejek.contohnya, mengejek nama bapa yang luar biasa


KESAN-KESAN BULI

Pembuli

Kesan luaran
Penjenayah, merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.
Dibuli

Kesan luaran
membalas dendam kepada orang lain, mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian.

Kesan dalaman
Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan, sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.


Langah-langkah menangani buli

1)Menerapkan mata pelajaran tertentu seperti pendidikan moral, pendidikan sivik, dan pendidikan islam
2)Mengadakan ceramah dan kempen di setiap buah sekolah
3)Mengadakan aktiviti seperti kuiz tentang buli di sekolah
4)Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kelab pencegahan jenayah di sekolah
5)Pandai memilih kawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan