LATAR BELAKANG
Kaizerine Corporation merupakan sebuah syarikat telekomunikasi yang ditubuhkan pada 08 Ogos 1998 di bawah Akta Syarikat Perkongsian 1965. Kaizerine Corporation terdiri daripada 5 orang ahli lembaga pengarah. Kaizerine Corporation mula beroperasi pada tahun 1999 dan produk pertama yang dikeluarkan adalah kad SIM dan modem yang berjenama “Kaizer”. Kaizerine Corporation mula tercatat di Bursa Saham dan pasaran saham berjalan dengan lancar dan mendapat keuntungan berlipat ganda. Oleh itu, Kaizerine Corporation telah menjadi syarikat multinasional yang bertaraf antarabangsa. Dan hari ini, Kaizerine Corporation telah berjaya melancarkan perkhidmatan jalur lebar (broadband). Kini, perkhidmatan jalur lebar ini telah banyak digunakan oleh setiap lapisan masyarakat.
VISI
menjadi sebuah syarikat telekomunikasi yang terunggul di dunia serta menjadi pemangkin kemajuan teknologi komunikasi dalam negara.
MISI
melaksanakan perkhidmatan yang terbaik yang memenuhi kepuasan hati pelanggan.
menyediakan pekerja-pekerja dan servis-servis yang berkualiti yang mampu mencapai tahap yang diperlukan oleh masyarakat dan negara.
berperanan aktif dalam pembangunan nasional khususnya dalam bidang Telekomunikasi secara professional.